Couple is Kaca

Tahukah ?

Apabila anda di tinggalkan oleh couple anda sendiri. rasanya begitu sakit, rasa di khianati dan kita tidak menyangka begitu pedihnya rasa itu..

Ia seperti mengeluarkan serpihan kaca dari kaki.. rasa sakitnya apabila kita ingin cabut kaca itu.. air mata akan di paksa keluar akibat kesakitan yang kita rasai..

Moral - couple itu seumpama kaca... sentiasa datang untuk membuatkan kita derita ( rosak akhlak ). Jadi carilah cinta hakiki. carilah Cinta HALAL!

Di mana kita berpijak?

Tak kisah walaupun kedudukan kita tinggi menggapai bintang, terkenal di kalangan berjuta orang, mempunyai duit membuak2, di tabalkan pemimpin segala kelompok, mempunyai gelaran yang di segani sekalipun..

Tak kisah walaupun kedudukan kita miskin, sentiasa di caci dan di cemuh, di hina, menjadi kuli segala si fulan, hodoh fizikalnya, busuk dan hapak di cicah wangian dunia, tidak mempunyai keperluan hidup yang mencukupi sekalipun...

Kubur kita tetap sama iaitu di dalam tanah jua, kain kafan kita tetap sama putih, malaikat yang sama akan bertanya, jadi apa gunanya kita riak dan takabbur.. cantik fizikal hodoh hatinya.. tiada guna kerana celanya akhlak...
( nasihat untuk sesiapa yang membacanya, renungan bersama )

Peribahasa Yang SALAH!!!

Teguran peribahasa yang salah aku nampak kat FB

harapkan PAGAR, PAGAR makan padi..

Namun yang sebetulnya harapkan PEGAR , PEGAR makan padi ( burung PEGAR berfungsi menghalau haiwan perosak tanaman padi )..

menJOLOK mata..

Yang betulnya adalah menCOLOK mata..

melepaskan BATUK di tangga ( wat kerja separuh jalan )

Sebetulnya melepaskan BATOK di tangga. ( Sebab batok adalah sejenis alat untuk mencedok air.. alaaa owang lama2 kan sebelum naik tangga umah basuh kaki dulu.. so mereka akan mengambil BATOK untuk mencedok air dalam telaga.. namun lepas tu letak balik kat tempat dia.. tapi jenis orang wat kerja separuh jalan just letak kat atas tangga ka.. tu yang tterjadinya peribaha nie.. )

SijiL CIDB

Alhamdulillah sekian lama menunggu akhirnya siap juga sijil aku...

Mesejnya macam ni..

Salam ( eh terlupa lagi.. xdak salam lar... )

"SIJIL ELEKTRIK CIDB SUDAH SAMPAI.
BLH DTG AMBIL DI KOMPLEKS BAGAN,B'WORTH.
T.KASIH."
Tak taw lagi la bila nak ambik.... hmmm
esok kot... sebab ingat nak shopping beli belah untuk MSK kali ni.. kih kih kih

AJK MSK??

Aku dapat taw aku jadi AJK MSK bila salah seorang dari kawan aku tag aku dalam satu gambar...
title gambar tu " AJK MSK "..

Masa tu aku seronok sebab nak bagi parents bangga...
( Anak mana tak mahu bagi parents bangga )
So aku ingat diorang akan hantar surat..
"Anda Terpilih Jadi AJK MSK "
Dan aku nak tunjuk la surat tu kat Parents...
Tapi diorang just hantar mesej...

MESEJNYA BERBUNYI BEGINI!!..

+6017xxxxxxx
Salam ( eh silap tak dak salam lar... )

" Semua ajk msk dan pendaftaran 
diwajibkan mendaftarkan diri pada 25 Jun 2011
sebelum jam 12 tgh d kamsis ptsb.
maklumat lanjut sila rujuk portal pelajar "

lebih kurang macam ni la... 
aku tak tahu ini nombor kawan2 atau no orang atasan yang mengendalikan AJK MSK...
Apa pun bersyukur sangat di panggil untuk berkhidmat..
just nak ucap thx kepada sesiapa yang antar mesej ni.. ^.^...
Kamsamida!!!
Aligato!!..
Shie Shie!!..

P/s : dah fikir siap2 nak pakai baju apa MSK kali ni.. kih kih kih

Species Kawan 2

Kenapa aku lretak " species " sebagai tajuk?....
entahlah..
aku sendiri pun tak taw...
Maybe bahasa kegunaan selalu....

Entah kenapa kebelakangan ni aku rajin sikit nak update blog..
Jangan risau...
Nanti lama2 aku jadi malas balik...
Aku lebih suka update blog dari laporan LI..
PErangai apa ntah...

Hari ni aku nak cita lagi mengenai perangai kawan2..
yang pernah aku suka..


Kawan Begini Pernah aku temui ( Chewah! Ayat skema nampak!.. )
kekadang aku bersyukur jumpa kawan sebegini...
Kami pernah berkongsi Masaalah...
Menceritakan kenangan silam....
Menangis bersama...
tidaklah berkira sangat bab duit...
diorang rajin ajak aku jejalan...
Gila Fashion! ( aku memang minat fashion )
kadang2 mereka amat memahami aku...
Thx kawan!...





Kawan Begini Pernah aku temui...
Kami berkawan sejak sekolah rendah...
Malah kami duduk satu sekolah..
dan satu taman....
dia merupakan salah seorang kawan baik aku...
apabila masuk je ke pengajian tinggi...
kami mula berpisah...
Dia sibuk dengan hal dia..
Dan aku sibuk dengan hal aku..
Tapi bila waktu cuti..
Kami sering bersama...
Celebrate hari jadi bersama...
Jalan2 bersama...
Berkongsi masaalah cinta bersama....
Selalu aku tidur rumah dia..
Dan kekadang dia tidur rumah aku..
Kami dah macam adik beradik...



Kawan Begini Pernah aku temui...
Aku berjumpa waktu sekolah menengah...
Dia selalu kena buli...
sejak dari tingkatan 1...
Walaupun begitu...
perangai dia di senangi...
Kami menjadi kawan...
kami selalu keluar bersama..
berkongsi masaalah bersama..
berkongsi cerita cinta bersama...
dia juga jiran aku...
Tapi malangnya...
Masa sentiasa berlalu....
Perangai dia mula berubah dengan kawan baru...
Dia mudah mengikut perangai kawan...
Bila berkawan dengan kawan yang panas baran...
kadang2 sampai aku dia sanggup maki...
Apa2 pun aku harap dia still macam dulu..
Sebab dia sahabat aku..

P/S : Hidup ini tiada seri dan warnanya jika tanpa kawan, adik beradik dan ibu bapa...

Species Kawan

Haha kalo bab cerita mengenai sikap kawan macam2!!!..

Berlainan orang berlainan peristiwa..
berlainan orang berlainan cerita!..

Cuba kita tanya kawan2...
apa pendapat kamu mengenai kawan yang kita pernah berkawan?...
pasti cerita diorang macam2...
tapi kali ni nak cerita mengenai pengalaman aku sendiri

Aku pernah berjumpa kawan macam ni...
setiap hari balik mesti tension..
Ada ja tidak kena..
menjerit sini menjerit sana...
apa2 pun mesti tekanan..
Habis semua orang nak jerkah ( dengar macam Gengster kan )
tapi bila dengan perempuan tetiba keluar loghat KL..
Contoh ( kenape nie.. ade masaalah ke? )
" padahal lahir kedah tinggal kat kedah "
Walaipun perangai dia macam tu.. dia ni baik orangnya..
haha....

Aku pernah  terjumpa kawan macam ni..
Nampak baik..
tapi sentiasa cari kesalahan orang lain...
depan kita baik..
belakang kita punya la mengumpat..
tapi bila tiba satu masa...
Dia akan menyindir / memerli kita..
Seolah-olah kita ni hebat...
Padahal pandai menggunakan ayat sindiran...
Itulah orang gila publisiti dan gila pangkat..

Aku pernah jumpa kawan macam ni..
Dia bercakap seolah-olah dia ni hebat tiada tandingan..
Cakap Besar la katakan...
cemburunya tahap hampeh sampai sanggup tikam belakang kawan sendiri..
Dia cemburu bukannya dia suka kat gurl tu...
Tapi cemburu tengok orang lain bercinta...
Dia sentiasa cerita keburukan kat gurl tu..
sampai gurl tu termakan..
nampak warak..
solat tak pernah tinggal..
ada janggut sejemput..
Rajin ikut jemaah...
tapi rajin juga tengok citer blue...
( identiti di rahsiakan )

haha.. biasalah kawan.. tapi aku ni bukannya perfect sangat... aku pun banyak kelemahan juga... setiap orang ada keburukan dan kebaikan tersendiri... ntah la aku tulis cam ni rasa2 kena sindir lagi kot... kekadang apa yang aku tulis diorang mesti fikir negatif... bermula dari situ mula nak paku orang.. tapi niat aku melawak.. dan tak dak niat nak cakap besar or apa2... tapi itulah dia... hmmm....
p/s : minta maaf kalau ada yang terasa.. just think positif okey... jangan selalu fikir negatif macam aku nih.. =.="



Get widget here
FAKHRUL ADLI - HIDUP UMPAMA KERTAS, LEMBUT DAN MUDAH TERKOYAK, JADI BELAILAH IA DENGAN SABAR

Another Templates

Followers

About this blog

Powered by Blogger.
Aku Ingin Menjadi seperti BURUNG, terbang bebas di udara, Terbang semakin tinggi dan tinggi, Namun aku sedar, Pasti ada orang akan tembak, sehingga aku jaatuh ke bawah, walaubagaimanapun, Tiada istilah putus asa dalam hidupku..