SijiL CIDB

Alhamdulillah sekian lama menunggu akhirnya siap juga sijil aku...

Mesejnya macam ni..

Salam ( eh terlupa lagi.. xdak salam lar... )

"SIJIL ELEKTRIK CIDB SUDAH SAMPAI.
BLH DTG AMBIL DI KOMPLEKS BAGAN,B'WORTH.
T.KASIH."
Tak taw lagi la bila nak ambik.... hmmm
esok kot... sebab ingat nak shopping beli belah untuk MSK kali ni.. kih kih kih

AJK MSK??

Aku dapat taw aku jadi AJK MSK bila salah seorang dari kawan aku tag aku dalam satu gambar...
title gambar tu " AJK MSK "..

Masa tu aku seronok sebab nak bagi parents bangga...
( Anak mana tak mahu bagi parents bangga )
So aku ingat diorang akan hantar surat..
"Anda Terpilih Jadi AJK MSK "
Dan aku nak tunjuk la surat tu kat Parents...
Tapi diorang just hantar mesej...

MESEJNYA BERBUNYI BEGINI!!..

+6017xxxxxxx
Salam ( eh silap tak dak salam lar... )

" Semua ajk msk dan pendaftaran 
diwajibkan mendaftarkan diri pada 25 Jun 2011
sebelum jam 12 tgh d kamsis ptsb.
maklumat lanjut sila rujuk portal pelajar "

lebih kurang macam ni la... 
aku tak tahu ini nombor kawan2 atau no orang atasan yang mengendalikan AJK MSK...
Apa pun bersyukur sangat di panggil untuk berkhidmat..
just nak ucap thx kepada sesiapa yang antar mesej ni.. ^.^...
Kamsamida!!!
Aligato!!..
Shie Shie!!..

P/s : dah fikir siap2 nak pakai baju apa MSK kali ni.. kih kih kih

Species Kawan 2

Kenapa aku lretak " species " sebagai tajuk?....
entahlah..
aku sendiri pun tak taw...
Maybe bahasa kegunaan selalu....

Entah kenapa kebelakangan ni aku rajin sikit nak update blog..
Jangan risau...
Nanti lama2 aku jadi malas balik...
Aku lebih suka update blog dari laporan LI..
PErangai apa ntah...

Hari ni aku nak cita lagi mengenai perangai kawan2..
yang pernah aku suka..


Kawan Begini Pernah aku temui ( Chewah! Ayat skema nampak!.. )
kekadang aku bersyukur jumpa kawan sebegini...
Kami pernah berkongsi Masaalah...
Menceritakan kenangan silam....
Menangis bersama...
tidaklah berkira sangat bab duit...
diorang rajin ajak aku jejalan...
Gila Fashion! ( aku memang minat fashion )
kadang2 mereka amat memahami aku...
Thx kawan!...





Kawan Begini Pernah aku temui...
Kami berkawan sejak sekolah rendah...
Malah kami duduk satu sekolah..
dan satu taman....
dia merupakan salah seorang kawan baik aku...
apabila masuk je ke pengajian tinggi...
kami mula berpisah...
Dia sibuk dengan hal dia..
Dan aku sibuk dengan hal aku..
Tapi bila waktu cuti..
Kami sering bersama...
Celebrate hari jadi bersama...
Jalan2 bersama...
Berkongsi masaalah cinta bersama....
Selalu aku tidur rumah dia..
Dan kekadang dia tidur rumah aku..
Kami dah macam adik beradik...



Kawan Begini Pernah aku temui...
Aku berjumpa waktu sekolah menengah...
Dia selalu kena buli...
sejak dari tingkatan 1...
Walaupun begitu...
perangai dia di senangi...
Kami menjadi kawan...
kami selalu keluar bersama..
berkongsi masaalah bersama..
berkongsi cerita cinta bersama...
dia juga jiran aku...
Tapi malangnya...
Masa sentiasa berlalu....
Perangai dia mula berubah dengan kawan baru...
Dia mudah mengikut perangai kawan...
Bila berkawan dengan kawan yang panas baran...
kadang2 sampai aku dia sanggup maki...
Apa2 pun aku harap dia still macam dulu..
Sebab dia sahabat aku..

P/S : Hidup ini tiada seri dan warnanya jika tanpa kawan, adik beradik dan ibu bapa...

Species Kawan

Haha kalo bab cerita mengenai sikap kawan macam2!!!..

Berlainan orang berlainan peristiwa..
berlainan orang berlainan cerita!..

Cuba kita tanya kawan2...
apa pendapat kamu mengenai kawan yang kita pernah berkawan?...
pasti cerita diorang macam2...
tapi kali ni nak cerita mengenai pengalaman aku sendiri

Aku pernah berjumpa kawan macam ni...
setiap hari balik mesti tension..
Ada ja tidak kena..
menjerit sini menjerit sana...
apa2 pun mesti tekanan..
Habis semua orang nak jerkah ( dengar macam Gengster kan )
tapi bila dengan perempuan tetiba keluar loghat KL..
Contoh ( kenape nie.. ade masaalah ke? )
" padahal lahir kedah tinggal kat kedah "
Walaipun perangai dia macam tu.. dia ni baik orangnya..
haha....

Aku pernah  terjumpa kawan macam ni..
Nampak baik..
tapi sentiasa cari kesalahan orang lain...
depan kita baik..
belakang kita punya la mengumpat..
tapi bila tiba satu masa...
Dia akan menyindir / memerli kita..
Seolah-olah kita ni hebat...
Padahal pandai menggunakan ayat sindiran...
Itulah orang gila publisiti dan gila pangkat..

Aku pernah jumpa kawan macam ni..
Dia bercakap seolah-olah dia ni hebat tiada tandingan..
Cakap Besar la katakan...
cemburunya tahap hampeh sampai sanggup tikam belakang kawan sendiri..
Dia cemburu bukannya dia suka kat gurl tu...
Tapi cemburu tengok orang lain bercinta...
Dia sentiasa cerita keburukan kat gurl tu..
sampai gurl tu termakan..
nampak warak..
solat tak pernah tinggal..
ada janggut sejemput..
Rajin ikut jemaah...
tapi rajin juga tengok citer blue...
( identiti di rahsiakan )

haha.. biasalah kawan.. tapi aku ni bukannya perfect sangat... aku pun banyak kelemahan juga... setiap orang ada keburukan dan kebaikan tersendiri... ntah la aku tulis cam ni rasa2 kena sindir lagi kot... kekadang apa yang aku tulis diorang mesti fikir negatif... bermula dari situ mula nak paku orang.. tapi niat aku melawak.. dan tak dak niat nak cakap besar or apa2... tapi itulah dia... hmmm....
p/s : minta maaf kalau ada yang terasa.. just think positif okey... jangan selalu fikir negatif macam aku nih.. =.="

Solat Subuh di Surau

 Hari ini 20 June 2011..
 
aku langsung tidak tidur .. aku buat report LI dan kemas bilik ( sapu-sapu sikit )..
Sambil-sambil tu dengar lagu korea... Yahuuuu!!.. best giler....
masa tengah sapu tetiba papa panggil ...
" Adliii solat subuh "....
Papa datang bilik aku tetiba tengok aku tengah menyapu...
Pukul 5.00 pagi menyapu gila ka!!!... haha
Papa tengok aku terus kata jangan lupa Solat subuh.. pastu dia terus jalan..
aku jerit " Papa nak pergi surau ka?"
Papa jawab " ha nak pergi surau jom! "


Naik kereta ke surau

Seperti biasa ambil air sembahyang kat luar...
kemudian aku masuk...
terpegunnya...
lama tak datang surau...
Banyak dah berubah!..
Langsir baru!!...
Pastu aku jeling dekat Jam Taqwim..
Tersenyum aku sesorang..
Teringat datang surau pasang jam Taqwim tu dengan Abang Kri dan Kawan...
Jam Taqwin tu ada orang wakaf..
kami cuma tolong pasang...
aku lihat keliling sambil hirup nafas segar...
" Cantiknya rumah ALLAH"
Mula solat dalam pukul 5.50..
Dan habis je solat dan doa dalam pukul 6.20 lebih ..
balik ngan papa naik keta...
masa perjalanan ke rumah..
terlihat orang cina Jogging pepagi!..
Orang cina ni memang rajin jogging..
Kalo aku pergi tasik pepagi mesti ramai orang cina..
orang Melayu jarang sangat nampak...
Sekian....

p/s : aku pun malas jogging..

Jenis Cinta dan Muhasabah

Cinta Ibarat Kertas..
Perlu berhati-hati untuk di belai..
Kerana ia mudah rosak dan terkoyak..
Tersilap langkah musnahlah lah kita..
Itulah cinta kepada seseorang..

Cinta Ibarat Kapas..
Begitu lembut dan empuk..
Mampu menyapu luka kita...
Kerana ia mampu bahagiakan kita tatkala sedih..
Itulah cinta Kita kepada Haiwan..

Cinta Ibarat Mahkota Berlian..
Makin lama di jaga makin bernilai..
TIada tandingnya dengan cinta kita yang lain..
Kerana ia lampu kepada Liku-Liku Kehidupan..
Itulah Ia cinta Kepada Allah..
Aku bersyukur kerana setiap cabaran yang di tempuh menjadi ringan kerana Allah bersama dengan saya.
Aku mengaku setiap cabaran yang berat aku kalah dengan Nafsu...
Kerana itu sebagai insan yang hina aku berterima kasih kerana setiap kali aku kalah dengan nafsu Allah pasti melarang aku supaya melakukan sesuatu yang terlampau buruk..

kalau bab nafsu ni aku berani belakang je.. kalau jumpa depan2 aku takut nak buat dosa besar... so jangan kata aku gila seks.. aku macam korang.. pernah lakukan dosa... tapi kalau bab maksiat yang terlampau.. aku x sanggup ^.^

Jadi tidak layak lah kita nak pulau seseorang sebab dosa yang di buat kalau sol at sendiri pun x cukup dan sempurna.. Beza antara orang yahudi dan Islam kan solat... so renung-renungkan dan selamat beramal..

p/s : aku still teruna..

Si PiPiT MeMoHoN MaAf

Salam di tujukan kepada Si Burung Nuri

Aku begitu yakin engkaulah dalam doaku,
Senyum tawa menorak langkah...

Tapi sayang...
Aku Si Burung PiPit merasa bersalah...

Jika Hujan Menitis Mata,
Biarlah aku menjadi Sang Mentari,
Yang dapat mengeringkannya....

Aku berikan Angin,
Supaya engkau merasa nyaman,
Tidak tersalah langkah..
Tapi Malangnya,
Angin yang ku beri membuatkan Laut bergelora...
 
Di sini tiada apa ku pohon..
Cuma hubungan silaturrahim,
tidak akan terputus begitu sahaja...
^.^

EgO BerPaHaTkaN CemBuRu

Setiap Hari aku terbang merantau mencari pengalaman, pasti suatu ketika terhidu bau musuh..

Jika seorang Muslim itu...


Tidak semestinya berjanggut itu Alim..
Tidak semestinya bermisai itu Zalim...


(Kerana setiap manusia mempunyai Akhlak yang berbeza tanpa mengira rupa paras...)

Engkau terlalu ego,

Bercakap bagai nak rak,
tanpa engkau sedar,
Hati kecil seorang insan terluka,


Engkau terlalu cemburu,
Melihat orang lain hidup senang,
Kerana sikapmu terburu-buru,
Kamu di benci orang.


Cuba cermin diri sendiri,
Di manakah engkau berdiri?,
Di langit atau di Bumi?,
Inilah sikap membakar diri....


Engkau menghina aku,
Aku sedar aku banyak kelemahan,
Cuba engkau fikir sejenak,
Adakah engkau di ciptakan terlalu sempurna?... 

Aku bercakap tanpa suara,
Aku menangis tanpa air mata,
Aku mendengar tanpa telinga,
Aku melihat tanpa mata,

Kerana..


Benteng kepada marah adalah sabar...

Kadang-kadang terbenak di fikiran aku..

Mahu menjadi seorang yang tidak berhati perut,
Boleh melempiaskan kemarahan,
Asalkan lega hati ini..


Seumpama,

Pokok pisang apabila di ambil hatinya..

Mampu menghasilkan buah yang manis..





Burung Patah Sayap~

I will continue to Fly, But remember My Wing will not Last long....

Tolong jangan katakan,
I Love You,
Sedangkan Hatimu bukan memilih aku,

Tolong ungkapkan,
Selamat Tinggal,
Berbanding I Miss You,
Sedangkan Hatimu,
Menolakku..

Tolong dendangkan,
Nyanyian perpisahan,
Bukannya lagu persahabatan,
Kerana aku langsung,
Tidak Mampu menatap Rupamu..

Setelah engkau pergi,
Jangan sesekali berpaling ke belakang..
Kerana aku akan terus terbang ke hadapan,

SEDANGKAN AKU BERSEDIH,
PATAHLAH SAYAPKU INI...

Kes Sembelih Part 2

Kes yang aku ceritakan hari itu masuk berita harian.... ^.^

Kes Sembelih di Politeknikku....

Pada malam tuh hampir pukul sepuluh tergempar lah politeknikku ada wanita kena sembelih.. banyak polis datang... ternampak seorang wanita di usung dan 4 versi cerita mengenai kes ini...

Versi 1


2 adik beradik ( melayu + gurl ) ini bergaduh berebut balak india ...
akibat salah faham dan tidak puas hati..
si adik dengan nekad kelar kakaknya dengan pisau di bahagian leher dan melarikan diri...
penghuni kamsis wanita menjadi takut sehingga ramai menyorok di dalam bilik walaupun polis sudah tiba.. sehingga ada yang sanggup tahan kencing...
ada pula terpaksa di temankan jika ingin ke tandas... sekian.. ( wallahualam betol ke x citer nie )

Versi 2


adew seorang budak Melayu sem 3...
tangkap cintan pula dengan mamat india...
akhirnya percintaan mereka di landa masaalah yang besar...
mereka bertengkar di dalam toilet Jabatan Perdagangan....
si mamat india ini memang terkenal dengan sifat panas baran kerana ada masaalah psyco..
emak mamat india ni bawu je meninggal tahun lepas...
nak di habiskan cerita...
si mamat india tidak tahan lagi mengelar leher aweknya dan melarikan diri...
si wanita tengah dalam kesakitan berjalan pulang ke kamsis ( kampus siswa ) dalam keadaan sakit...
dalam perjalanan Mat Guard yang sedang mengawal kawasan itu ternampak gurl nie lain macam jew..
so dia tanya la apa sudah jadi?...
 gurl ni ckp " shhhhh " makna suruh diam dan simpan rahsia kowt....
akibat xtahan sangat ingin menuju ke blok v2..
si gurl nie terus singgah ke blok v1 dan masuk ke bilik kawannya...
lantas menyembunyikan diri di dalam almari...
mat guard yang hairan ini memberitahu pengetua kamsis dan telefon polis....
pada waktu malam mamat india ini berjaya di tangkap...
dan gurl nie di usung ke hospital...

Versi 3


adew 2 orang adik beradik nie....
si kakak sem 6...
si adik sem 3 ( gurl )...
Mamat india ( sem 3 )...

si kakak mendapat tahu si adik bercinta dengan mamat india...
so si kakak amat risaukan adiknya....
sehinggakan si kakak mengambil keputusan duduk di asrama untuk melihat adiknya...

Semalam,

Si kakak ada kelas MUET di Jabatan Perdagangan...
so si Mamat india ni ambil kesempatan mesej si kakak untuk turun di koridor..
So, si kakak turunlah.. tunggu apa lagi kan?...
bila turun jew mungkin terjadi pergaduhan dan pergelutan..
si mamat india dengan marahnya rodok perut si kakak...
lantas sembelih leher si kakak dua belah ( ngeri aku nak cita )
lepas tu dengan kudrat yang ada si kakak lawan balik...
dan berjaya melarikan diri menuju ke asrama...
kebetulan menuju keasrama Mat Guard berada di Pusat Islam...
dan ternampak si kakak nie....
si Mat Guard tanya larh...
akibat si kakak terlampau lemah xmampu bersuara..
( maklumla jauh juga la bagi orang sakit antara Jabatan Perdagangan dengan Pusat islam )
si kakak hanya mampu membuat isyarat kepada Mat Guard Tanda suruh follow...
si MAt Guard ingat pada waktu tu dia tengah berpeluh....
last2 akibat nampak banyak sangat darah...
Mat GUard call warden...
n warden buat Announcement suruh semua penghuni kamsis keluar dari bilik masing2..
si kakak berjaya di hantar ke hospital dalam keadaan koma ( maybe kekurangan darah )
dan si mamat india berjaya di tangkap...

Versi 4


kisah ini di beritahu sendiri oleh kawan aku setelah dia call pengetua asrama bertanyakan kisah sebenar.... kawan aku just citer kat aku secara ringkas dan tidak terperinci... maybe sibuk kowt...



adew 2 orang adik beradik nie....
si kakak sem 6...
si adik sem 3 ( gurl )...
Mamat india ( sem 3 )...

akak dia dapat taw si adik bercinta dengan mamat india...
so akak dia bagitaw kat family...
si Mamat india ini mungkin geram sebab tu kelar leher si Kakak...
 itu saje info.. nanti aku tanya lebey lanjut....

p/s : apa2 pown tolong jangan racicst di sini.... muingkin mamat india itu bersalah.. tapi kita kaum Melayu bukannya hebat sangat... siapa penghuni Pusat Serenti Paling banyak??... siapa Penghuni Penjara paling banyak??... siapa lakukan maksiat hingga buang bayi paling banyak?.. kaum kita juga kan?... so tindakan setiap orang bukan berdasarkan kaum. tapi hati yang kotor... rambut sama warna tapi hati lain2.. tq.... Wallahualam... hanya setakat nie jew aku dapat info... 

Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari saya.... Agar kisah ini kita ambil iktibar... kalo nak bercinta terus masuk minang n dpt restu parent...





Get widget here
FAKHRUL ADLI - HIDUP UMPAMA KERTAS, LEMBUT DAN MUDAH TERKOYAK, JADI BELAILAH IA DENGAN SABAR

Another Templates

Followers

About this blog

Powered by Blogger.
Aku Ingin Menjadi seperti BURUNG, terbang bebas di udara, Terbang semakin tinggi dan tinggi, Namun aku sedar, Pasti ada orang akan tembak, sehingga aku jaatuh ke bawah, walaubagaimanapun, Tiada istilah putus asa dalam hidupku..