BEST MOVIE!!
NUmBeR 1 : WHeRe THe WiLD THiNG ArE..
Citer nie memang best giler lah....citer nie mampu mengusik naluri kanak2 aku walaupun aku sudah matang... tengok citer nie mampu menghanyutkan aku di dalam dunia Fantasi nya...
Sinopsis :
Seorang budak buat perangai untuk mendapatkan perhatian emaknya kerana emaknya sedang bercinta dengan lelaki lain dan tidak memberikan perhatian kepadanya.. Akibat tidak tahan dengan perangai budak tu si emak memukulnya.. Akibat merajuk budak itu lari kedalam hutan dan tersesat... akhirnya ia menjumpai pantai yang di sertakan dengan sebuah perahu.. Lantas budak itu menaiki perahu seorang diri dan merentasi Laut yang bergelora dan ribut.... Tiba2 budak itu menjumpai sebuah pulai yang di huni oleh makhluk lain... di Situlah bermula pengembaraan si budak itu..
NuMBeR 2 : MoRe THaN BLuE
citer Korea ni memang Famous.. Kerana cerita korea satu nie la paling sedih pernah aku tonton selain WINTER SONATA dan AUNTUMN TALE... Mula2 nengok tak faham... tapi last2 citer dia membongkarkan segalanya.. dan memang sedih.. sapa tak menangis memang bukan manusia lah.. baik laki n gurlz mesti nangis..
Sinopsis :
Hero dan Heroin tinggal Serumah.. Hubungan mereka hanya kawan.. tetapi masing2 menaruh hati... Si Hero cuba mengelak dari bermanja + bermesra dengan heroin kerana dia.... tuuutt.. xley cita.. nengok la sendiri ok..
NuMBeR 3 : NGaNGKuNG
citer nie penuh dengan lawak yang lucu ( bukan lawak bodo ) serta seram.. ( diorang buat seram jadi betul )...
Nampak macam gempak kan?... Sebab poster ni lah aku ngan kekawan decide nak nengok kat pawagam.. tapi malangnya... kami macam bakar duit begitu sahaja... citer dia pasal alien datang serang dunia... Alien ni memerlukan otak sebagai sumber tenaga... so pasukan tentera lawan la alien ni tapi kalah... plot dia dari awal sampai habis Si Hero lari nie asyik Lari je dari Alien... dah tu last2 taw cam ne?... Alien ambik Otak hero... tetiba Otak hero ni boleh kawal alien tu.. Lebih Kurang Hero jadi Alien la senang nak kata... kemudia hero Mencari awek dia yang kena tangkap dan ingin menyelamatkan awek dia.. n then habis citer.. ntah ape2..
Kisah ini aku create sendiri...
tiada yang ciplak kecuali yang Ori2 belaka...
Jambu = beruk 1
Jat = beruk 2
Pada suatu hari, di hari yang redup dan Damai , angin tiup sepoi-sepoi ( bukan nak ujan ) terlihat 2 ekor beruk.. seekor bergayut dan seekor lagi duduk bertenggek ( macam owang nak beyak ).. sedang mereka melalui hari yang damai, tidak jauh dari pokok mereka duduk, ada sebatang pokok yang di hiassi dengan sarang burung. Entah kemana ibu burung itu pergi ( mungkin tengah cari makan untuk anak dia kot ). Si anak burung yang sekor ni dengan konfiden nya ingin terbang meniru gaya ibunya... sedang Ia melompat-lompat tetiba terjatuh ke tanah... tagedi ini di lihat oleh Si Jambu yang sedang bergayut...
Si Jambu : Oit Jat tengok bawah, ada anak burung la..
Lantas Jat yang sedang duduk bertenggek ( macam owang nak beyak ) pandang Ke bawah dengan pantas..
Jat : Wei tolong sikit, ini bukan anak burung OK... ini bapak burung.. haha
Si Jambu : Mangkuk jamban + sinki betullah kau nie...xboleh terbang macam tu mesti la anak burung.. takkan bapak burung tak boleh terbang... dah tu kecik pulak.. LoLz...
Jat : Hei... terlajur perahu boleh di undur , terlanjur kata malang padahnya~.... Sekecil-kecil burung ini berbisa jugak..
Si Jambu : Bisa hotak engkau, xpernah lagi aku dengar paruh burung ada bisa... bodoh ke apa kau ni?..
Jat : pergi memancing naik perahu,
Belum cuba belum tahu !!...
Si jambu : pelik la kau ni.. hish..x faham aku... wei kesian la anak burung ni.... dia mengelepar.. mesti sakit...
Jat : dah bergerak mesti " mengelepar "...
Si Jambu : Ye la dah nama pun sakit.. mesti la mengelepar...
Jat : haish, xde maknenya sakit2...
Tiba-Tiba seekor beruk betina melintasi mereka dengan bergayut... Jat dengan melopong mata tengok beruk itu sehingga hilang tanpa berkelip mata.. Lantas berkata...
Jat : wei anak burung ni dah kejang!!...
Si Jambu : Ye la dah sakit mesti Kejang... jom tolong... bawa dia naik atas
Jat : uiks, pantang pak malau di sini!... berani kau sentuh aku melawan guna Yoga pukul kau jugak kang..
Si jambu semakin pelik dengan perangai Jat ini...
Si Jambu : Habis xkan nak tengok je.. kesian dia...
semakin lama si jambu melihat Jat.. akhirnya si Jambu faham apa yang Jat maksudkan...
Si Jambu : Bongok + mangkuk ayun kau nie.. Memang dasar perangai beruk!.. dah beruk memang beruk!... bodoh! sial!..
hampir 15 minit Si Jambu maki akhirnya.....
Si Jambu : aku suruh tengok burung yang dekat atas tanah tu... bukan suruh tengok burung kau bodoh!....
Jat : eh ye ke??... hehe laen kali cakap la clear2 sikit.. hehe
ingat tak lagi pertanyaan aku dulu...
sehingga kini kau tidak dapat menjawabnya...
kini aku betul-betul ingin jawapan darimu...
Apakah persoalanmu?..
mustahil aku tidak mampu memberikan jawapan kepadamu...
kerana aku adalah hatimu...
Adakah kau terlupa?...
Pertama kali aku mengenal erti cinta...
Aku sering bertanyakan kepada engkau..
mengenai persoalan ini...
Persoalan ini engkau tanyaku..
apabila engkau malu untuk meluahkan ...
cintamu padanya...
Bukankah engkau telah mendapat jawapannya...
Tidak Wahai hati....
aku sering tertanya....
kini aku ingin bertanya kepadamu soalan yang sama...
Sehingga aku dapat jawapannya...
" Mengapa Ada Cinta? "
bersambung kejap...
aku just geram ngan statement yang di buat.. nampak sangat sombong.. So untuk membezakan aku dengan si pengecut yang hanya reti cakap belakang jadi aku membuat satu tindakan...
p/s teringin sangat nak nengok admin bagi group Anti 2 alam dan dR Rozmey... macam la dia tu perfect sangat... kenapa dia x nasihat je depan2?.. korang setuju x ngan aku?
Dalam Kelas aku ada sorang kaum india ini.. walaupun kaum dia india tapi menganut agama kristian... Dia banyak cakap.. hehe.. paling banyak cakp inggeris.. sampai kami terikut-ikut cakap mat saleh skali... kami sekelas mula berpisah sebab masing2 bekerja ( praktikal ) untuk satu sem.... tapi apa yang mengejutkan...
adakah Allah dah membuka pintu hatinya?... dia tengok siapa sampai terbuka pintu hati memeluk islam?... ataupun ia sekadar ucapan untuk tahun baru... terkejut la jugak aku baca post ini.. huhu.. kalau ini hanya sekadar ucapan... kita patut mengambil contoh orang beragama lain pun menghormati islam.. inikan kita yang beragama islam..
adakah dari golongan islam?...
marilah sama-sama menjaga maruah islam...
malulah kita dekat manusia beragama lain..
kenape erk aku tulis nie.. kisah nie mengenai seseorang yang famous dengan gelaran kepala/rambut cendawan..
dari dia ini aku dapat kenal pasti perbezaan si Pengecut dan si Berani..
bagi aku si Pengecut adalah orang yang suka cakap belakang ( mengumpat ) , cara si pengecut bertindak adalah create 1 group yang di depannya bertulis "Anti"... kalo setakat Anti israel tu aku x kesah... mmg diorang kaum yang di laknat... tapi kisah ini mengenai Dr Rozmey yang mana di kutuk dan di cemuh dari belakang...
bagi aku group ni di buat adalah bertujuan menghimpunkan orang2 yang membenci Dr Rozmey serta mengajak orang membenci Dr Rozmey... ini adalah satu tindakan pengecut bagi aku...
SI BERANI...
Si berani adalah orang yang berani cakap depan2 , ataupun bercakap bernada ayat bandingan untuk menyedarkan seseorang.. kira ok la jugak kan berani cakap depan2... tengok contoh orang di bawah yang boleh di katakan tindakan berani + klakar gitu..
akibat tindakan berani dia ini post dia di wall Dr Rozmey di block dan fb dia mendapat sambutan menggalakkan.. malah di wall perempuan ini penuh dengan komen positif dari orang ramai .. hebat kan... klakar ada jugak..
Sesaja survey facebook tadi tetiba terjumpa...
thank yew... bukan saje jadi follower ke 20 malah tolong promote lagi... x sedar lak dah 14 hours ago... Tingin nak bagi award... nak ape erk?...
Betul tu..
Hidup ni yang kita lalui...
Takkanlah Nak diisikan dengan..
kan aku dah cakap aku hendak lupakan dia...
cinta itu bermula dari awal persekolahan..
dan kini sudah berkubur di akhir persekolahan..
tetapi kenapa engkau degil wahai hati..
apa yang hebat sangat tentang si dia?...
beritahu aku...
pernahkah engkau setia?...
seperti setianya cinta engkau kepadanya?..
apa perasaanmu ketika mempermainkan perasaan perempuan lain...
persoalan kamu..
kenapa kamu masih mencintainya...
jawapannya ringkas...
kerana si dia adalah MY FIRST LOVE...
ya dia adalah MY FIRST LOVE...
tapi tidak bolehkah engkau bukakan pintu hatimu..
untuk aku mencintai insan yang lain...
Persoalan aku...
sampai bilakah aku akan terus mencintainya...
sedangkan aku ada kehidupan aku sendiri..
Mengapakah kamu mencintainya?...
kenapa aku mencintainya?...
aku mencintainya kerana...
perwatakannya yang kelakar...
kecantikannya yang mampu mencairkan hati jejaka...
perangainya yang begitu sopan dan baik...
hobinya sama denganku iaitu...
kami berdua meminati novel...
Ya sekarang kamu sedar...
di sebabkan ciri-ciri ini kamu akan terus mencintainya..
ini kerana..
KAMU TIDAK MENEMUI PENGGANTINYA...
selagi tiada perempuan lain yang mempunyai ciri-ciri ini..
kamu akan terus merana mencintainya..
betapa kejamnya kamu...
aku sudah melupainya...
kenapa kamu ingatkan aku melaui mimpi...
Bukan aku mengingatkan mu..
tetapi nostalgia di segenap ruang...
kenangan...
baunya...
itulah penyebabnya...
jika aku tidak dapat ..
menjumpai wanita yang mempunyai ciri-cirinya...
tidak bolehkah eengkau mematikan cintaku..
aku lebih rela tidak mencintai sesiapa...
dari pada aku mencintai seseorang...
rasanya seperti aku sentiasa sengsara...
bagaikan badan aku di jamu racun yang bisa..
Aku tidak mampu melakukan apa-apa...
naluri cinta di kurniakan oleh Allah...
aku tidak mampu membuangnya...
bersabarlah wahai manusia..
berkat sabarmu...
akan di kurniakan oleh Allah...
PENAWAR KEPADA RACUNMU...
p/s kata-kata ini aku luahkan untuk sekadar renungan bersama... kalau ada sebarang nasihat untukku... sila komen.. ^.^.. aku memerlukan nasihat di waktu ini..
Aku Happy dengan hidupku yang indah, tiada sengsara, tiada sedih dan Tiada kecewa. Tapi apakan daya Naluri semulajadi yang di Kurniakan Allah lemah untuk aku tepis. Mimpi malam tu... hurm.. aku pun tak taw kenapa aku mimpi si dia... Hati ini yang dahulunya terpadam api. kini di cucuh kembali malah hangat membara api cinta.. Aku Benci Mencintai Seseorang sebab aku selalu dipermainkan.. MY FIRST LOVE muncul di dalam mimpi aku bermain-main bersama aku.. hurm... kekadang terfikir juga.. alangkah bagusnya jika aku lupa ingatan...
ALhamdulillah, hurm dulu an ku suka baca novel.. dah bapa banyak baca novel... sekarang aku pulak tulis novel.. xlah sehebat mana. tapi novel itulah inspirasi hidupku... korang boley baca di http://adli-tribute.blogspot.com/ .
hidupku xla seronok mana... sebab itu khayalan aku di terjemahkan ke dalam novel... aku happy kerana aku merasakan aku hidup di dalam khayalanku dan aku harap imaginasiku menjadi nyata.. apew2 pown enjoy..
Terfikir juga... ape yang akan aku lalui pada birthday aku yang akan tiba ini... di sini aku akan berkongsi satu cerita apa yang telah berlaku pada birthday aku pada 16/10/2010 yang lepas...
"adus terlupa something tertinggal kat kamsis kena balik ambil "... aku terlupa assigment aku yang tertinggal dekat poli.. so aku ingat nak balik ke poli.. tetiba kawan aku ajak..
Izham : wei jom tido kat umah tok amir...
adli ( aku ) : okey je.. ^.^
memang kami bertiga rapat sejak sekolah menengah.. walaupun kami jarang berjumpa sekarang berbanding pada waktu sekolah menengah dulu namun hubungan kami tetap rapat bagaikan bersahabat. Mungkin di takdirkan kepada kami untuk tinggal di atas satu taman. malah kami bertiga gembira di takdirkan untuk berjumpa satu sama lain.
**AMIR**... aku mula mengenali amir sejak darjah 3... kami bersama-sama belajar di sekolah taman ria... teringat lagi sewaktu kecil kami bersaing untuk jadi yang terbaik... di dalam kelas.. kami sering berebut untuk mendapat kedudukan No. 1... pada darjah 5 dia menang dapat No.1 kedudukan dalam kelas.. darjah 6 pulak aku menang dapat No. 1 dalam kelas... bukan sahaja dari segi pembelajaran malah dari segi sukan kami banyak kumpulkan trofi...
**IZHAM**... aku mula mengenalinya sejak ting. 1.... dan dia mula mengenali kedah sejak keluarganya pindah ke taman aku... untuk mengenali zaman sekolah menengah memerlukan aku ramah kepada rakan-rakan... dan izham orang pertama tegur aku di sekolah menengah. bagi dia ini permulaan untuk belajar hidup di kedah bermula dari ting. 1... teringat lagi ayat mula-mula dia tegur aku...
IZHAM : hang kan yang main badminton depan rumah... aku nampak... hehe..
dan tidak di sangka dialah jiran aku baru pindah...
BACK TO THE STORY...
jadi aku bermalam di rumah tok amir di kulim... umah dia di belakang kedai makan cahaya gemilang... oleh sebab atuk dia meninggal.. maka restoran cahaya gemilang itu dapat kat family dia... semasa kami berempat baring2 ( sorang lagi selain aku, izham dan amir ialah kawan baru yang merupakan jiran rumah tok amir )... tetiba perut kami lapar... jadi kami decide nak kuar makan malam... on the way jalan nak kuar tetiba izham bersuara jom " DARE OR TRUTH"... darah jantan yang pantang di cabar kini berkocak kencang.. jom aku x kisah....
Jadi bersempena hari jadi aku kami semua menyahut cabaran.... sesiapa x dapat sahut cabaran kena jawab soalan yang akan aku tanya( aku jew dapat tanya sebab ari jadi aku )... cabarannya mudah ... NAIK KERETA PAKAI HELMET dan syaratnya.. bizer hendaklah terbuka untuk nampak muka.... jadi aku memakai helmet aku LTD dan izham memakai helmetnya X-DOT... kereta yang dipandu amir bergerak di sekitar kulim dengan agak lama... bagaimana cabaran ini berakhir??... iaitu dengan sampai di meja makan, tanggalkan helmet lantas letak di atas meja makan.. so cabaran di anggap accomplish...
Apa yang memalukan ?...
apabila tiba di trafic light... lantas ada kereta berhenti di sebelah kami... orang di dalam kereta sebelah lihat kami sambil menunjuk-nunjuk bagaikan kami badut yang ingin pergi ke uji bakat untuk menjadi pelawak... malah kami cuba tahan rasa malu dengan ketawa kuat2...
Tercabar??...
apabila kereta kami sampai di bank... ramai tunjuk ke arah kereta kami .. mereka menganggap kami penyamun.. ye la... mana ada orang nek keta pakai helmet... so kami nampak macam penyamun... untuk nampak lebih mencabar... amir driver kami bawa kereta ke sebelah bank untuk menakutkan orang...
Prank ??...
dekat pukul 2.00 pagi kereta kami mengekori sebuah kereta ... lantas kereta kami pergi ke tepi kereta tersebut... kami berempat melihat pemandu lelaki tersebut sambil helmet di atas kepala... kereta tersebut bawa laju lantas potong lampu isyarat yang pada waktu itu bewarna merah...
cabaran habis??..
akhirnya cabaran kami habis selepas mencari tempat makan yang sesuai iaitu tidak ramai orang... pada mulanya kami bercadang nak berenti di irfanah.. tapi kami cancel... hampir berbelas kedai makan kami cancel.. akhirnya jumpa kedai mkan yang sesuai... iaitu mempunyai pelanggan yang sedikit.... apabila kereta di matikan enjin.. kami berempat keluar dari kereta... ( kereta yang di naiki kami di parking di tempat yang jauh dari tempat makan )... kami berempat keluar sambil kepala kami di balut helmet... berjalanlah kami menuju ke kedai makan.. malangnya gelagat kami turun dari kereta di lihat oleh pekerja kedai serta pelanggan kedai tersebut yang sudah berumur... orang tua yang leka minum di kedai tersebut menunjuk kerarah kami.... setapak demi setapak kami hampir sampai di kedai tersebut... perlakuan kami x ubah seperti orang ingin merompak hingga pekerja kedai tersebut berhenti menyapu dan terbeliak melihat kami.... sampai je di meja makan.. helmet di tanggalkan dan di letak di atas meja... cabaran TAMAT!!.. semua berjaya...
Makan ??.
kami cuba bagi order.. malangnya kedai tersebut hendak tutup ( ke xmau ambil order )... so awal pagi itu kami singgah di 7-eleven dan makan maggi jew... huuh
Terkadang aku menangis terkenangkan nasibku, Terkadang aku tersenyum sendirian. Bukannya aku gila, malah pahit getir serta suka duka bermain di benak fikiran. Kini aku mula jatuh kebawah seperti burung yang di tembak jatuh ke tanah. pasti pelik untuk di baca malah di hayati.. mengapa seseorang yang dilanda musibah tanpa henti mampu tersenyum riang..
Memang salah aku begitu cuai di dalam faktor rohani dan jasmani... tidak ku pinta lautan api jika diberikan hujan emas. Hidup ku bagaikan di atas laut sebagai pelayar. Tersalah langkah , tersilap mengambil bacaan , terlampau berserah aku menjadi huyung- hayang di badai ombak yang deras.
Seperti biasa sebagai makhluk yang hina, aku menimba ilmu di Politeknik untuk mengisi ruang kosong untuk di jadikan kelebihan. Di dalam kelas leka aku dengan dunia sendiri, " Tamadun Islam " hanya masuk sedikit demi sedikit di dalam kepala otak aku yang bengap ini. Di sebalik kulit yang bertopengkan manusia, ada juga yang berhati syaitan. Semasa tazkirah serta ilmu agama di curahkan ada orang yang gatal tangan telah mencuri handfone ku. Tidak terdetik hati ini untuk menuduh sembarangan orang. Tapi bila di fikirkan dengan logiknya akal fikiran , memanglah handfone aku di curi.
Tapi apa yang mampu aku lakukan?. Tak kan nak jumpa bomoh??. bukan ke syirik namanya tu?. Ya ! sekali lagi aku katakan ini salah aku. Akibat aku terlampau leka dengan handfone kerana urusan dunia dan perempuan sehingga aku tidur lewat , malah selalu terlepas solat subuh. Malah ia berlarutan hinggalah aku tersedar sendiri. Tidaklah aku bersedih sangat dengan apa yang berlaku cuma aku bersyukur kerana maha Pencipta masih mengambil berat akan aku.
Kesimpulannya, janganlah sesekali terlepas solat subuh dan Jangan Sesekali melanggar larangan pencipta kerana DIa Maha Pencipta lagi Maha mengetahui...
Di Politeknik.....
Aku seorang nerd.... yap.. i like to be nerd.. but kekadang bila di luar aku lain... aku suka lepak2... suka kuar tengok wayang....n the most thing aku suka bergaya.... tapi di poli aku nerd... nape erk??... bcoz dis is my style....
Pada waktu petang.. aku kuar ngan fahmi... sesaja outing asrama.... lama la jugak... bila tiba time nak balik... fahmi singgah di sebuah kedai.... kedai itu boleh di anggap kedai runcit.... tanpa di sangka di dalam kedai itu terdapat 2 ekor burung bertenggek di atas kayu sambil kakinya di ikat...
Cuba renung ke luar jendela.. apa yang kilat lihat?.. pastinya keindahan ciptaan allah... cuba lihat ke atas... apa yang kita lihat??.. pastinya langit membiru di selimut oleh awan memutih bak kapas... tapi bagi aku, apabila aku merenung keluar... berjalan melihat persekitaran terpesona oleh alam sekitar.. namun aku sedar di sebalik keindahan pasti ada sesuatu yang kotor di sebaliknya... aku merenung ke langit.. ya, dapat melihat langit biru dan awan.. tapi bagi aku tingginya langit itu menyebabkan aku terdorong melalaui LiKu-LiKu KeHiDuPaN yang terpaksa di tempuhi..
bum!... aku baring di atas katil.. habis sudah kelas 2/9/2010.. hari terakhir sebelum cuti...
bosannye.. laptoplah peneman aku...tatkala aku leka bermain laptop tanpa aku sedar aku lena di ulit mimpi...
"assalamualaikum!... adli!...".. aldy masuk sambil tersenyum....
"yap..." mata aku terbuka.. jam dah hampir pukul 2 lebih...
lantas aldy mencapai laptopnya... tup! tap! tup! tap! maen fb...skali lagi mata aku terbeliak tengok...
"adli hang balik x ari ni"..tanya aldy...
"balik la" jawab aku dengan nada malas....
aku sambung kembali maen laptop...
"wei jom cop kad balik kampung".. aldy suggest...
terkejut aku.. aku hampir lupa... kad aku ngan aldy da ilang... xtaw la pergi mana... kitorang ingat nak pergi pejabat ambil kad baru....
DI PEJABAT KAMSIS
" maaf encik kami nak minx kad... kad kami hilang".. minta lady dengan penuh nada simpati...
aku dengar aldy minx macam orang minta duit pown ada.. sedih je dengar.. tapi aku pown ilang kad!.. nape nak sedih!.....
" ye encik kami hilang kad, xboleh nak balik" aku masuk drama aldy sekali... (pandai gak aku berlakon)
"betul ke ni??.. ke kad kamu kena rampas??"... tanya encik tu dengan suspen nye...
"betul la kami hilang kad".. jawab aku dan aldy..
"saya nak bagi boleh, tapi boleh percaya ke kamu ni".. tanya encik tu lagi....
hurm... aku xtaw nak cakap apew lagi... ( adoi muka kami punya la nampak baik boleh xpercaya... muka kami ni nampak macam penyangak ke??.. Grrr.... muka ada nur cam ni mesti la boleh percaya....) aku bermonolog dalam ati... tidak lama kemudian ustaz wan datang.... dengan muka yang penuh beriman datang dengan senyuman... bagi aku dan aldy.. kedatangan ustaz wan bagai penyelamat kami...
" kenapa ni??"... tanya ustaz wan sambil senyum... ustaz wan memang seorang yang kaya dengan senyuman... tapi pernah juga aku nengok dia marah... bila dia berhadapan dengan perangai ajk MSK yang teruk2.. termasuk la aku.. ( aku ni bukan elok sangat )...
akhirnya aku dan aldy dapat kad baru!.. yeah!....
"jom.." ajak aldy untuk balik kebilik...
"kejap".. entah kenapa.. kali ini naluri aku berkata-kata lagi....
aku terdiam seketika.....
"kenapa??".. tanya aldy....
aku masih diam... entah kenapa .. badan aku kaku.... fikiran aku ligat memberi tumpuan sepenuhnya kepada naluri aku... " minta dekat ustaz wan tukar bilik"... akhirnya naluri aku memberi cadangan... hati aku bermonolog...
"patut ke aku minta... kalo aku minta mesti ustaz wan tanya sebabnya.... x kan aku nak cakap pasal saffuan dan pak ndak.. dan x kan pula aku nak berbohong dekat ustaz wan... tak sanggup hati ini berbohong kepada orang baik seperti ustaz wan.." aku berbisik dalam hati...
ketika aku berdiri kaku aldy confius dengan tindakan aku... tiba-tiba kaki ini melangkah sedangkan hati ini teragak-agak... tibanya di depan ustaz wan aku menjadi sedikit takut...
"err ustaz..." suara aku terketar-ketar lantas aku mengambil nafas panjang...
" ye ada apa"... tanya ustaz wan...
"boleh x saya nak tukar bilik??" tanya saya dengan muka penuh minta simpati...
"saya nak bagi boleh.. tapi lepas raya lah...".. jawab ustaz wan dengan slambernya..
aku berasa lega.. hendak saja kaki ini melangkah pergi tiba-tiba satu suara berkata...
"kenapa kamu nak tukar bilik" tanya ustaz wan lantas...
dup! dap! dup! dap!... hati ini berdegup... mapus aku!.. adoi!....
"sebab barang saya banyak hilang... biasa la syafiq jenis buat bilik terbuka macam sem lepas... orang boleh masuk macam 2 saje... tapi saja jenis suka bilik sunyi je.. so kami x serasi... "... jawab aku.. ada betulnya.. kali ini aku x bohong...
" macam mana boleh hilang "... skali lagi soalan killer di tanya..
" entah la saya rasa ada orang ambil" ... jawab aku singkat.. kalo boleh aku x mahu menyebut nama siapa-siapa...
" kamu syak siapa "... skali ag soalan killer datang bertubi-tubi.. seperti peluru machine gun datang tanpa aku boleh elak..
akhirnya aku jujur...
" saya syak ajk MSK jugak.. sebab ada sekali tu saya masuk bilik 2 orang ni tanpa kebenaran sebab nak spot check.. last2 jumpa jugak barang kami yang hilang tu di bilik diorang.." sambil aku kata kami aku menunjukkan ke arah aldy.. aldy mengiakan apa yang aku sebut tadi kepada ustaz wan.. lega aku mendapat sokongan aldy...
" siapa tu?" tanya ustaz wan yang aku boleh agak...
" ada la ustaz".. aku tersenyum... xmo bagitau...
" jom ikut saya.. kamu juga ( sambil menunjuk kearah aldy )"... laju ustaz wan jalan masuk ke biliknya...
habis!.. apew aku nak cakap ni... naluri aku selalu menyusahkan aku.... ada kala ia penyelamat... adakala naluri aku suka ambil risiko...
" cepat beritahu siapa "... tanya ustaz wan... kali ini nada dia tegas...
"err.. saffuan dan pak dak"... jawab aku walaupun mengambil masa... aldy berada di belakang menyokong aku...
"xbest la kalau ajk buat hal ".... cakap ustaz wan dengan nada kecewa... ustaz wan membuka komputernya dan search saffuan dan pak dak....
-censored-
sory xley cita lebih lanjut...
aku berkemas untuk pulang... sambil aku kemas tiba-tiba aku terjumpa earphone yang sudah lama hilang terlekat di mp3 aku.... pelik ! cam ne boleh ada dekat mp3 aku.. bukan ke da ilang... uiks!...
"macam mana earphone ni ley ada dekat mp3 aku??".. tanya aku sambil berkerut kening dekat aldy...
"ntah.... hurm... owh baru aku ingat.. pagi tadi pak ndak main mp3 hang... dia cakap earphone ang sebelah rosak... pastu dia letak dalam laci katil hang balik..." jawab aldy dengan muka baru perasan...
"owh baguslah.... benda rosak pandai bagi balik... aku punya la cari earphone ni... huish!" cakap aku sambil marah...
Hari sabtu 28/8/2010..
"assalamualaikum!" aku bagi salam sejurus masuk kebilik...
seperti biasa hari ini aku kena balik asrama.. hari sabtu la katakan... sebab ari ahad da start kuliah.. begitulah kehidupan hidup di kamsis ( kampus siswa )..
semasa aku masuk ke kamar kelihatan aldy sedang tidur..
"ya allah.. da pukul 6 lebey... tido ag?".. aku bisik dalam ati....
"wei adli da balik " aldy senyum dengan riak mukanya yang monyok...
"aku x mandi ag ni.. hehehe".. cakap aldy sambil matanya hendak terlelap lagi...
"dia ni nak mati ke apa.. tido punya la lama.. dah tu pukul 6.00 PM!!.. xkan still tido ag??..." aku mendengus lagi dalam ati...
sejurus aldy bangun.. seperti biasa capai laptopnya.. tup! tap! tup! tap!.. chatting dalam facebook... terbeliak mata aku nengok.. ingatkan nak buat apew tadi.. huhuh... tapi xla terkejut sangat coz bagi aldy facebook itu sebahagian dari nadi kehidupan dia...
"aldy jom ambik bubur lambuk dekat pi".. suggest aku..
"lorh.. aku ingatkan nak perg luar nak cucuk duit"... jawab aldy...
aldy pown kuar.. cakapnya nak g mandi kejap... abis je mandi aldy datang bilik aku ajak kuar...
"jom!"... ajak aldy..
"da pukul 6.30 terlewat suda..." kata aku slambernye..
akhirnya kami bercadang nak pergi PI ( pusat islam ) ambik bubur lambuk... jalan punya jalan .. tidak jauh dari PI kami nengok xdew da orang bagi bubur lambuk.. sejurus tu bas SYAFIQ,SAFFUAN dan PAK DAK muncul...
"diorang da balik".. cakap aldy...
aku mula x sedap ati.. turun je dari bas tu syafiq panggil...
"aldy dan adli datang cepat!"... syafiq jerit panggil...
nampak syafiq datang.. kami pown tolong la dia.. taw tolong apa??... kami tolong bawa makanan kami yang kami kirim sebelum dia balik...hak hak hak.... mase tu diorang suma ngah angkat beg berat2.. aku pown tolong bawa makanan mat yang berat...
"wei korang tolong bawa makan aku sekali" minta saffuan...
aku wat dunno jew... aldy pown wat x taw je...
bersambung kejap... nanti aku edit citer bagi abis.. ending aku berbaik dengan pak dak... tunggu....
Masaalah demi masaalah.. tanpa kita sedar , bagaikan mabuk di buai khayalan, aku harapkan ia hanyalah mimpi, malangnya ia realiti, suasana kamsis kelihatan biasa dari luar tetapi "sakitnya" didalam..
cerita yang menarik berlaku didalam hidup aku.. sesuatu risiko yang aku sendiri xsangka aku akan ambik... nanti aku akan citerkan.. waktu ni busy skit...
Betul ckp orang, kaki ini berpijak di bumi nyata tpi kehidupan bagaikan khayalan di buai alam mimpi. Indah sungguh hidup ini jika kasih sayang di curahkan tanpa berbelas bagi. Peristiwa ini membuatkan aku menangis hampir 5 kali.. kenapa erk??... mesti korang ingat aku ni jantan suka nangis kan??... asal citer aku mesti babak nangis jer... 5 - 7/8/2010 merupakan hari yang banyak aku mengukir kenangan di sudut hati...
Sebelum bertolak, " syafiq!! aku nak tarik diri la.... x best la... duduk ngan orang miskin.. kena makan sambal belacan.. aku dah la resdung..." aku mendengus... " banyak la ang, xboleh tarik diri... ngade2.." jawab syafiq sambil jeling tajam dekat aku... aku merungut ssendirian.. rasa x puas hati masih terasa lagi.. aku sangka jadi anak angkat orang kaya... rupa-rupanya lain jadinya... bagi aku duit merupakan kuasa, duit mampu membeli cinta ( maklumla perempuan sekarang mata duitan ) , duit mampu membeli kasih sayang dan duit juga mampu membeli maruah seseorang perempuan... hidup aku terlalu bergantung kepada duit.. kemewahan mengajar cara hidup yang rosak.. akhirnya aku terpaksa akur dengan cakap syafiq... ni yang x best kena paksa nih!.. ape punya kawan ntah... jeles aku dekat aldy dia x perg.. boley lepak2...
Sehari sebelum bertolak, aku bawa barang banyak2... kebanyakan gadget aku bw suma... muahaha mp3, kamera n mcm2 ag... aku ingat nak duduk dalam bilik n dengar mp3.. puas ati!... sebelum pergi aku dah rasa.. memang x best!... kena hidup susah... sapa nak!!... tapi Tuan Haji cakap setiap anak angkat wajib bagi hadiah dekat keluarga angkat... so aku beli hadiah jam yang adew mcm khutbah warna emas dan frame gambar yang di letakkan atas kerusi kayu... cantik adiah tu.. aku kalo bg adiah x berkira sangat.. hehe baek juga aku nih ( aku berbisik dalam ati selepas abis beli adiah )...
Hari pertama, lambatnye bas nih!... dah la panas.. itulah lumrah hidup bagi orang melayu... janji pukul 2 tpi pukul 3.30 baru sampai bas... mungkin dah jadi darah daging orang melayu suka membazir masa dan tidak menepati janji. Setahu aku orang melayu yang memegang tepat pada masa ialah polis, bomba dan askar.. yang aen mcm hampeh.. sampai aku pown terikut, kalo kawan aku janji pukul 3 dalam pukul 4 baru aku pergi sebab aku dah tawu kalo aku pergi on time diorang bukan bersiap lagi pun.. berbalik kepada cerita.. berebut la orang nak naik bas... maklumla bas adew 2 je tpi yang nak naik sampai seratus orang.. x lambat kena berdiri.. huhuhu... akibat sesak dan aku sayang kan hadiah aku takut pecah so aku x naik bas, terlepas la bas.. tinggal je aku dengan mat 2 orang kami... terpacak tengah panas... hati aku mula gelisah.. hah... mampus aku.. cam ne ni... " oit adli!! mcm mane ni.... aku takot.. itu la aku cakap naik je ko x nak.. ni mcm mane sekarang... xkan nak balik bilik kot! " mat bercakap denga nada tinggi risau dan gelisah kami dua orang.. " hurm, relaks la.. jap g kita naik keta dengan abang zul" kebetulan aku ternampak abg zul yang merupakan senior kami.. "abang bawa kami naik kereta! kami tertinggal bas" pinta kau dengan nada tinggi sambil meminta simpati... " abg xdak lesen, xper abg suruh tuan haji hantarkan, dia pon nak pergi ".. huh! bertuahnya nasib aku Tuan Haji tertinggal bas sebab sibuk sangat. lega sikit... akhirnya kami sampai juga ke destinasi KAMPUNG KEDA, NAGA LILIT, PADANG SERAI.. kebetulan pula aku dapat jadi adik beradik angkat dengan mat... xsangka orang yang tertinggal bas dengan aku itula akan jadi adik beradik angkat aku... banyak betul benda ajaib selalu jadi dalam hidupku... sebaik sahaja dapat keluarga angkat aku ngan mat makan laksa rumah mak angkat n then masuk bilik kemas2 baju.. mat duduk bucu katil sambil bersembang dengan aku.. PRAAAAK!!! katil patah.. mat jatuh merangkak2.. maklum la badan mat mcm anak gajah.. huh klaka giler... aku tahan ktawa sebab x mau la ketawa terbahak2 di rumah orang... tapi peristiwa itu memang kelakar... tapi kan sebelum kitaorang dapat mak angkat kitaorang dah buat satu perjanjian... anak dara bg dekat aku dan duit utamakan mat iaitu sebagai abg.... haha... terkejut aku tengok2 rumah emak angkat aku ada anak dara yang comel nama dia sakinah... aku angkat kening dekat mat.... REMEMBER OUR PROMISE... aku ckp dekat mat... Mat ketawa kecil " ENGKO NI MEMANG KURANG AJAR NOH " mat tersenyum dengan gelagat aku... petang tu aku mandi dekat luar... xdak pintu... mandi pun guna air tadahan hujan... diletakan besen banyak di situ, sambil aku mandi adik angkat lelaki aku tengok je aku mandi sambil tersenyum... " x biase nengok ke owang mandi ke" aku merungut dalam hati.. selamat la aku pakai boxer..
Hari Ke-2, tidur aku lena.. walaupun tidur dalam keadaan panas tanpa kipas serta keadaan tidak selesa.. tapi aku tetap tidur lena.. kenape erk??... sebab aku tidur bilik sakinah.. yeah...tapi nak cerita bab makanan.. biasa la makanan kampung.. tpi alhamdulillah xdak masakan guna belacan... program kami bermula.. kami mula bersembang2 dengan keluarga angkat.. pada mulanya aku malu akhirnya boleh la jugak ramah2...
di dapur aku tolong mak ( panggilan kepada mak angkat aku ) potong bawang.. "saya memang minat masak, sambil aku tersenyum ^.^.. dulu cita2 saya nak jadi tukang masak tpi ayah suruh masuk politeknik.. so saya masuk je" aku bercerita sambil tolong potong bawang dengan mat... mak ketawa.. aku seronok tengok muka emak .. dia nampak hepy sangat sebab kami tolong dia... petang tu kami bermain sukaneka... so aku layan la adik2 aku nih... setiap permainan mesti berpasangan dengan adik beradik angkat.. mat pula tgh sibuk jadi urusetia aktiviti secara volunter..abis tepung muka aku... tapi best!!... kotor baju aku kowt.. hahaha... sebaik sahaja habis kami dijemput kerumah terbuka... biasa la orang kampung nak kenal2 ngan budak poli... banyak la jugak aku makan.. huhuh.. laksa n bihun... balik je aku dengan mat kerumah... " dah lewat ni!" mat merengek... hari makin gelap... matari semakin terbenam... suara azan habis di laungkan... tapi aku dan mat tetap on the waay ke rumah... haish!... nak bagi alasan apew dekat mak... nanti kecik lak ati orang tua tu kalo aku cakap mkn dekat umah orang... dalam perjalanan otak aku bergeliga memikirkan alasan... hurm... last2 aku blur... sampai je ke rumah.. " assalamualaikum" aku berikan salam... mak terlihat aku dan mat... " kenapa lewat balik".. mat blur nak bg alasan... aku n mat just tersenyum... " mak simpan roti canai lagi.. sejuk dah.. tunggu lama sangat" cakap mak.. " hah! sudah" aku bisik dalam hati... " xpela mak nak mandi jap... nak solat maghrib" aku bgi alasan... x sanggup aku nak berbohong... habis aku dan mat solat.. kami keluar bilik.. terkejut beruk kami mak dah hidangkan roti canai... punggah!... "xpe lah mak kami dah makan.. ajk dapat makanan tdi masa buat kerja" aku terpaksa berbohong... perut aku kekenyangan tersangat... malam hari...program bermula seperti biasa... akibat letih lari kesana kesini .. akhirnya aku tertidur dengan mat.. " kepada anak angkat syukor sila ambik hadiah".. "Zzz.." aku dan mat di buai alam mimpi.. hak3x... adik balik citer kat mak.. abang suma tidur bila orang suruh ambil hadiah... rugi jew hadiah cabutan bertuah tu... hasih!...lewat la jugak aku dan mat balik... " assalamualaikum" nada aku perlahan memberi salam... terkejut aku melihat emak dan ayah tidur di atas lantai beralaskan kain... " kenapa la diorang layan aku ni baik sangat... aku dan mat tidur di atas katil sedangkan diorang tidur di bawah.. ish!.." aku bermonolog didalam hati... perasaan aku jadi hiba... sedih menyelubungi aku... selama ini aku hanya pandangkan duit... tapi kini aku sedar kasih sayang tidak mampu di beli dengan duit.. aku ingin kejutkan emak dan ayah supaya tidur di atas... tapi tidak tergamak hati untuk mengganggu tidurnya yang nyenyak... malam itu aku berbaring diatas katil sambil di ulit lagu kitaro hingga tertido...
Hari ke-tiga ( hari terakhir)
Pagi lagi aku bangun melihat suasana kampung...
indahnya kampung,
embun-embun pagi terasa segar lagi,
bunyi2 ayam...
ketika itu aku rasakan....
sesuatu yang tidak pernah aku rasa..
aku melihat di sekitar penjuru alam...
daun segar mekar di hari,
haiwan2 serta tumbuhan cantik menghiasi landscape,
aku mengagumi kebesaranNya,
setiap pancaindera yang di kurniakan,
berfungsi tanpa arahan,
telinga mendengar bunyi haiwan2,
cengkerit, ayam, katak dan belalang,
mata melihat saujana,
daun2, gelagat haiwan dan manusia...
hidung menghidu nafas segar,
kulit merasakan kesegaran pagi,
mulut memuji tanpa nokhtah...
tiba-tiba hati ini terasa hiba sangat.. hari ini adalah hari terakhir... sambil aku bersarapan pagi.. aku melihat garis2 tua ibu bapa... sakinah rajin menolong ibunya di dapur.. melihat mat... muram pada waktu itu...
program bermula, iaitu majlis bersurai dan pemberian hadiah... tiba-tiba tuan haji bercakap mengambil slotnya... kata-katanya membuatkan aku ingin menitiskan air mata... tetapi aku tahan sedaya upaya... " ada satu keluarga.. mereka merayu jangan ambil anak mereka.. tetapi apa boleh buat.. saya cakap biarlah mereka pergi.. mereka nak pergi belajar" kata2 tuan haji dengan nada sedih.. ya allah hibanya aku pada waktu itu...
kami berjabat satu persatu penduduk kampung... sampai sahaja di sean emak... aku tergamam... aku peluk emak.. tangisan menguasai kami... hadiah yang aku berikan tidak dapat di bandingkan dengan kasih sayang yang di curahkan... sehingga aku berada di atas bas emak melihat di bawah sambil melambaikan tangannya...
sedih.. itu yang mampu aku katakan....