Thursday, December 9, 2010 |
0
comments
Seperti biasa,
aku bangun pagi seawal pukul 6...
dengan muka mengantuk aku masuk kebilik air...
Air panas mencura-curah bagai hujan ke rambutku...
tetiba aku bermonolog sendirian...
Wahai Hati...
ingat tak lagi pertanyaan aku dulu...
sehingga kini kau tidak dapat menjawabnya...
kini aku betul-betul ingin jawapan darimu...
Wahai manusia..
Apakah persoalanmu?..
mustahil aku tidak mampu memberikan jawapan kepadamu...
kerana aku adalah hatimu...
Wahai Hati...
Adakah kau terlupa?...
Pertama kali aku mengenal erti cinta...
Aku sering bertanyakan kepada engkau..
mengenai persoalan ini...
Wahai manusia...
Persoalan ini engkau tanyaku..
apabila engkau malu untuk meluahkan ...
cintamu padanya...
Bukankah engkau telah mendapat jawapannya...
Wahai Hati...
Tidak Wahai hati....
aku sering tertanya....
kini aku ingin bertanya kepadamu soalan yang sama...
Sehingga aku dapat jawapannya...
" Mengapa Ada Cinta? "
bersambung kejap...
0 comments:
Post a Comment