Rezeki Di Tarik... AKU SUDAH SERIK!!

          Memang salah aku begitu cuai di dalam faktor rohani dan jasmani... tidak ku pinta lautan api jika diberikan hujan emas. Hidup ku bagaikan di atas laut sebagai pelayar. Tersalah langkah , tersilap mengambil bacaan , terlampau berserah aku menjadi huyung- hayang di badai ombak yang deras.


          Seperti biasa sebagai makhluk yang hina, aku menimba ilmu di Politeknik untuk mengisi ruang kosong untuk di jadikan kelebihan. Di dalam kelas leka aku dengan dunia sendiri, " Tamadun Islam " hanya masuk sedikit demi sedikit di dalam kepala otak aku yang bengap ini. Di sebalik kulit yang bertopengkan manusia, ada juga yang berhati syaitan. Semasa tazkirah serta ilmu agama di curahkan ada orang yang gatal tangan telah mencuri handfone ku. Tidak terdetik hati ini untuk menuduh sembarangan orang. Tapi bila di fikirkan dengan logiknya akal fikiran , memanglah handfone aku di curi.


          Tapi apa yang mampu aku lakukan?. Tak kan nak jumpa bomoh??. bukan ke syirik namanya tu?. Ya ! sekali lagi aku katakan ini salah aku. Akibat aku terlampau leka dengan handfone kerana urusan dunia dan perempuan sehingga aku tidur lewat , malah selalu terlepas solat subuh. Malah ia berlarutan hinggalah aku tersedar sendiri. Tidaklah aku bersedih sangat dengan apa yang berlaku cuma aku bersyukur kerana maha Pencipta masih mengambil berat akan aku.


            Kesimpulannya, janganlah sesekali terlepas solat subuh dan Jangan Sesekali melanggar larangan pencipta kerana DIa Maha Pencipta lagi Maha mengetahui...



Seumpama Kabus,
Bergerak Perlahan,
Memenuhi segenap ruang,
Subuh dan malam,
Menjadi pilihan,
Apabila Bicara Bulan mengenai Matahari,
serangga malam mendengar,
Apabila bicara Matahari mengenai Bulan,
haiwan petang mendengar,
APABILA SUARA BISING MEMECAH SUNYI,
TERDENGARLAH SUARA KHINZIR MENYELIT.

Aku tahu di sebalik kawan-kawan yang mengambil berat mengenai kehilangan handfone ada suara munafiq mencelah berpura-pura..

p/s  adew la 2 orang tu perasan.. dengar je aku nak update blog trus perasan ingat aku nak tulis nama diorang dalam blog ni... hak16x.... pasan jugak kawan aku ni... x terdetik ati ni nak tulis nama korang pada artikel ni.. huhuhu

0 comments:

Post a Comment



Get widget here
FAKHRUL ADLI - HIDUP UMPAMA KERTAS, LEMBUT DAN MUDAH TERKOYAK, JADI BELAILAH IA DENGAN SABAR

Another Templates

Followers

About this blog

Powered by Blogger.
Aku Ingin Menjadi seperti BURUNG, terbang bebas di udara, Terbang semakin tinggi dan tinggi, Namun aku sedar, Pasti ada orang akan tembak, sehingga aku jaatuh ke bawah, walaubagaimanapun, Tiada istilah putus asa dalam hidupku..